Tersenyum lebar anak-anakku, gembira dan rasa bebas setelah 11 bulan bersekolah (tidak ditolak dengan cuti penggal). Sebagai anak mestilah nak berehat, nak tidur, nak makan, nak main game, nak pergi berjalan-jalan, nak perkara-perkara yang menyeronokkan sahaja. Sebagai ibu dan bapa mestilah tidak mahu anak-anak membazir masa terlalu lama. Oleh itu anak-anak dihantar ke mana-mana program supaya masa anak-anak dipenuhkan dengan kursus hafalan, kursus motivasi, kursus bahasa, kursus kepimpinan, kursus muzik dan sebagainya.
Apapun yang dipilih dan diputuskan, berbincanglah secara baik dengan anak-anak agar mereka tidak terlalu tertekan. Mungkin ibu bapa merasakan kita yang patut membuat keputusan tanpa melibatkan perasaan anak-anak. Namun walaupun keputusan di tangan ibu bapa, biarlah keputusan itu dalam keadaan win-win situation di mana anak-anak tidak merasa dipaksarela. Terangkan kepada mereka kebaikan dan kepentingan penglibatan kursus tersebut yang hanya melibatkan masa yang pendek tetapi manfaat yang tinggi kepada mereka berbanding dengan cuti sekolah yang panjang.

Walaupun nampak tiada keperluan penting memikirkan rutin persekolahan yang akan datang kerana cuti sekolah yang panjang baru bermula namun masih ada banyak keperluan lain yang perlu ibu bapa siap dan sediakan. Jangka masa satu bulan setengah bukannya lama. Oleh itu pembahagian masa dan perancangan semasa cuti perlu dibuat seperti pembelian pakaian, kasut, buku, alatulis sekolah dan meluangkan masa untuk percutian keluarga sebagai penghargaan kepada anak-anak dan kita yang penat bekerja. Apabila saya senaraikan semuanya masa satu bulan setengah amat padat dengan pelbagai aturcara persediaan ke sekolah, program anak-anak dan percutian keluarga.

Selamat bercuti dan merancang hidup keluarga anda untuk tahun 2014!
****************************************************
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya.
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan