Throwback percutian ke Pahang. Lambat post dek menunggu gambar-gambar dimuatnaik. Banyak pulak dah hilang sebab bagi anak-anak telefonmu telefonku jua. Alhamdulillah...akhirnya terakam juga percutian kami di bumi yang makmur ini.
Bulan Disember sinonim dengan cuti sekolah dan percutian keluarga. Disebabkan ketua keluarga kami masih berdedikasi bekerja, kami mengambil peluang mengikutinya dan menikmati Cuti-Cuti Malaysia.
Bulan Disember sinonim dengan cuti sekolah dan percutian keluarga. Disebabkan ketua keluarga kami masih berdedikasi bekerja, kami mengambil peluang mengikutinya dan menikmati Cuti-Cuti Malaysia.
Ini kali pertama saya membawa keluarga ke negeri Pahang. Kampung kami di utara dan selatan Pantai Barat jadi memang tak pernah bawa anak-anak ke sebelah Pantai Timur. Perjalanan lebuhraya Karak sememangnya agak mencabar jika dibandingkan dengan lebuhraya Utara Selatan. Jika di sebelah pantai barat semenanjung agak meriah dengan RnR dan banyak simpang ke kampung atau pekan-pekan. Tetapi di sebelah pantai timur agak kurang RnR dan anak-anak kami dinasihatkan mengurangkan pengambilan air supaya pembuangan air dapat dikawal. Hahaha..ini teknik supaya asyik tak berhenti di tepi jalan untuk membuang. Pengalaman kami balik ke kampung memang hampir setiap perhentian, anak-anak nak berhenti ke tandas. Sejak anak-anak bertambah besar, kekerapan tu dah makin berkurang.
Kudapan yang menemani kami sepanjang perjalanan ialah buah berangan dan keledek bakar yang manis dibeli di RnR Genting Sempah. Memang sedap. Sepanjang perjalanan pilot dan co-pilot asyik mengunyah sambil menikmati pemandangan kehijauan lebuhraya. Anak-anak seperti biasa sibuk menonton tayangan dvd dalam kereta.
Sungai Pahang, cantikkan!
Sepanjang di Kuantan dan Pekan, kami sempat merasa tempat-tempat makan yang sedap yang dicadangkan oleh bloggers mahupun teman-teman yang tinggal di Pahang. Antaranya ialah nasi dagang Ubai dan Akob Patin House di Kuantan.
Ini ikan patin di Akob House. Nak tunjuk lauk-lauk tak sempat sebab dah lapar sangat. Nak cari tempat-tempat ni senang aje, gunakan waze. Cuma kalau melalui jalanraya besar, hati-hati gunakan waze sebab ia akan bawa ke pilihan jalan yang lain. Oleh itu lihat dulu pilihan jalan yang dicadangkan oleh waze.
Yang ini nasi dagang Kampung Ubai. Kedai nasi dagang ini terletak selepas simpang masuk ke Kampung Ubai iaitu di tepi Jalan Kuantan-Pahang. Saya cari guna waze juga. Cari je Kampung Ubai, dah tak jauh dah. Memang enak nasi dagang ni. Rasanya sungguh `ohsem', kalau tinggal lama, mahu saya mengulang makan setiap pagi. Tempat ni memang masyhur sungguh, masa kami makanpun nampak ramai yang berkunjung ke sini.
Kami tak sempat menyinggah ke banyak tempat kerana 'pilot' tiada, sibuk bertugas. Anak-anak apalagi, ke kolam mandi setiap pagi. Kami menginap di Hotel Ancasa Royale, Pekan. Hotel ni nampak masih baru, bersih dan cantik. Ia terletak berhampiran dengan Sungai Pahang dan berdekatan dengan rumah Perdana Menteri di Pahang.
Tak puas rasanya berjalan-jalan ke negeri Pahang. Ada banyak tempat yang boleh dilawati. Taman Tema Air Bukit Gambangpun tak sempat pergi, huhu...mana lagi ya. Masa bujang dulu pernahlah saya ke Taman Negara Pahang, naik jambatan gantung, makan di atas sungai, memang adventure kalau ke Pahang ni. Kalau ada kesempatan lagi, saya ingin membawa keluarga meneroka Pahang dengan lebih terancang pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan