Iklan

Sabtu, 10 Januari 2015

Resepi Asam Pedas Muar

Menu yang ingin saya kongsikan ialah resepi asam pedas Muar. Balik dari perjalanan jalan-jalan cari makan di Muar baru-baru ini, sayapun dah tertawan dengan asam pedas Muar yang sedikit berbeza dengan asam pedas Melaka. Sayapun cuba memasaknya sendiri. Resepi asli asam pedas ini tidaklah saya ketahui, tetapi berdasarkan sembang-sembang dan rujukan di alamaya, saya simpulkan untuk membuatnya tidaklah susah. Jika anda biasa memasak asam pedas, ia akan menjadi lebih mudah. Jadi resepi asam pedas Muar ini versi saya sebagai seorang suri rumah bukan chef popular.

Bahan-bahan masakan adalah seperti di bawah ini iaitu;

a)Bawang merah (kecil) 4 ulas
b) Bawang putih 4 ulas
c)Halia sebesar ibu jari
d)Kunyit separuh dari halia atau kalau serbuk satu sudu kecil
e)Satu sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat, kalau tak tahan pedas kurangkan ye..)
f)Serai sebatang/ dua dititikkan
g)Bunga kantan
h)Daun kesum atau daun limau purut
i)Asam jawa sebesar ibu jari (agak2lah kalau tak suka masam)
j)Cili kering yang telah dimesin sebanyak 4 sudu besar
k)Ikan
l)Air
m)Garam
n)Serbuk perasa jika perlu
o) Minyak masak
p) Sayur seperti bendi atau terung atau tomato

Cara Memasaknya;

Anda boleh rujuk artikel resepi asam pedas Melaka di sini. Caranya sama sahaja. Tapi saya tuliskan ringkasannya untuk rakan-rakan semua ye. Mula-mula masukkan minyak, apabila panas masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan lada hitam yang telah dikisar halus atau ditumbuk terlebih dahulu. Tumiskan bahan-bahan tersebut dan masukkan serai yang dititik. Setelah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar. Tumis sehingga pecah minyak atau nampak sedikit garing. Beza dengan asam pedas Melaka ialah saya tak masukkan belacan dan ditambah lada hitam. Saya juga kurangkan sedikit bawang merah.

Bahan tumisan dah pecah minyak, bolehlah masukkan air asam jawa dan ditambah air bergantung kepada banyak mana kuah yang dikehendaki. Anggaran masakan untuk sekeluarga 4-7 orang makan. Kalau ramai makan kena tambah rencah-rencah yang disebut sebelum ini. Apabila kuah dah hampir nak mendidih, saya masukkan daun limau purut atau daun kesum dan bunga kantan. Kemudian masukkan ikan. Apabila ikan hampir masak, boleh masukkan sayuran seperti bendi, terung atau tomato. Jangan lupa masukkan garam ye...


Taraa....dah masak. Rasanya berbeza sedikit dengan asam pedas Melaka, kuahnya merah kehitaman atau gelap sedikit dan rasanyapun `superb'. Pedas lada hitam memang kaw! Cubalah ye...ini saya masak asam pedas Muor dengan ikan pari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...