Iklan

Jumaat, 9 Januari 2015

Jalan-Jalan Cari Makan di Muar

Selamat Tahun Baru 2015

Hari ini 9 Januari 2015, sudah lebih seminggu 2015 berlalu. Dah pasakkan azam baru anda? Masih tidak terlewat untuk menanamkan azam baru atau mengukuhkan perlaksanaan azam yang belum terlaksana pada tahun sebelumnya. Azam, cita-cita dan impian itu penting kerana ia ibarat memandu halatuju perjalanan hidup kita pada hari-hari mendatang. Tanpa tujuan dan matlamat yang jelas maka hidup kita jadi sia-sia dan kita akan kerugian dari segi masa, usia, tenaga, keindahan hidup ketika susah mahupun senang. Jadi..apa tunggu lagi senaraikan azam anda!!! Kejayaan tidak menunggu mereka yang suka bertangguh atau suka melewat-lewatkan sesuatu perkara yang baik.

Hujung minggu yang lepas saya berkesempatan bercuti dan balik ke kampung Melaka bertemu dengan bonda tersayang. Bercuti dalam masa yang singkat di hujung minggu memang memenatkan kalau ke bandar Melaka. Jalan raya pasti sesak dengan pengunjung yang menziarahi bandar Melaka. Saya memang kagum melihat kebersihan dan keindahan negeri kelahiran saya ini. Setiap kali masuk tol Air Keroh, terasa seperti tetamu yang disambut dengan deretan pokok-pokok bunga yang terurus dan cantik dan persekitaran menghijau dan bersih. Hahaha...berbeza ketika balik ke kampung yang satu lagi. 

Malas nak memandu ke bandar Melaka, kami membuat keputusan untuk jalan-jalan cari makan ke bandar Muar. Kampung nenek atau ibu mak saya dah lama tidak saya kunjungi sebabya nenek saya selalu duduk di rumah anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Belum bergerak lagi, Cik Suami dah mencari posting tentang tempat-tempat makanan sedap di bandar Muar. Sayapun dah terliur apabila teringat-ingat kesedapan mee Bandung di sana. Lainkali jika anda bercuti ke Melaka, bolehlah panjangkan langkah ke bandar Muar. Tak jauhpun, dari bandar Melaka mungkin dalam 40-50 minit jika tiada kesesakan. Itu jika melalui jalan biasa bukan lebuhraya. Jika lebuhraya mungkin cepat lagi. Kami memilih mengikut jalan kampung supaya dapat menjamu mata melihat suasana kampung-kampung di Melaka. Perjalanan dari rumah saya hanya memakan masa 30 minit sahaja.

Cubalah anda buat carian di alamaya, mesti jumpa banyak tempat makanan yang lazat di sekitar bandar Maharani ini. Dah sampai je... kami terus cari Kedai Makan Mee Bandung Abu Bakar. Mujur bawa bonda sekali, jadi tak perlu guna waze. Ia terletak di kawasan bandar. Memang mak dan arwah ayah saya sering singgah sini sewaktu kami kecil dulu. Kita makan dulu ya...



Sebagai melengkapkan `cucian mulut', kami order pula sate ni. Memang istimewa rasanya, manis dan enak. Tiada langsung lemak yang dicucuk sekali. Isinya juga sedang-sedang je tidak terlalu besar macam sate zaman dolu-dolu. Kedai makan ni dibuka dari pagi hingga petang lebihkurang sampai jam 4 sahaja. Selepas itu, Pakcik Bakar akan ke kedai anaknya di Tanjung Emas pula. Tanjung Emas ni tempat rekreasi berhampiran Sungai Muar dan tak jauh dari bandar Muar. Memang sesuai tempat ni untuk anak-anak. Kami tak singgah sebab saya tak bawa anak-anak. Semua sibuk bermain dengan sepupu-sepupunya di Melaka.



Selesai makan, kami berpusing-pusing mencari kedai kopi 434 yang paling sedap di Muar. Kopi ini memang berasal dari Muar. Tapi tak ada rezeki kami sebab kedainya tutup. Roti bakar dan kayanyapun sedap. Sekarang di sesetengah pasarayapun dah dijual kopi 434.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Tanjung Agas mencari murtabak daging Singapore yang dikhabarkan turut dijual di sekitar kawasan ini. Biasanya murtabak ini kami makan di Restoran ZamZam di Arab Street, Singapura. Ohh..senang saja nak mencarinya. Lokasinya ialah di deretan kedai tidak jauh dari Sekolah Sains Muar. Sedap juga murtabaknya cuma rasa telurnya lebih berbanding dagingnya. Hehe...sempat juga tapau murtabak dan asam pedas Muar untuk mereka yang tinggal di rumah.


Perut sudah kenyang, hatipun gembira. Perancangan seterusnya lainkali kami nak gerak di awal pagi untuk merasa nasi beriani istimewa dan mee jawa yang sedap pula. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...