Iklan

Khamis, 13 Mac 2014

Yong Tau Fo Pulau Gadong, Melaka

Assalamualaikum...apa khabar semua? Sejak misteri kehilangan pesawat MH370, saya juga kehilangan mood untuk menulis. Hati sayu dan sentiasa berdoa agar kehilangan tersebut segera dijumpai. Sambil belek-belek gambar dalam galeri telefon terpandang gambar makanan ni. Nampak sedap pula. Macam nak pergi makan kat sini.

Inilah restoran yong tau fo yang terkenal kat Melaka. Sesekali pergi makan sup yong tau fo ni memang sedap. Supnya panas-panas tambah dengan sos pencicah yang pedas, perghh...memang terbaiklah.


Di atas ni gambar tempat memilih yong tau fo yang anda suka, Segala jenis sayuran, ketam, ikan, sotong, udang yang telah dijadikan dalam bentuk bebola ada di sini. Anda tinggal pilih je. Cendawanpun banyak jenis. Banyakkan sayuran dalam menu anda ya! Ia baik untuk kesihatan. Dah pilih, serahkan mangkuk-mangkuk anda kepada mereka yang menanti di situ. Kemudian boleh minta nak bee hoon, mee atau kue tiaw untuk dimasukkan dalam sup nanti. Kalau tak nakpun boleh.


Ini kaunter cashier

Apabila sudah siap mereka akan hantar ke meja anda. Di bawah mangkuk tersebut biasanya akan diletakkan kertas bertulis harga makanan. Bila dah sudah makan, nak bayar nanti jangan lupa ambil kertas tersebut. Kalau tak silap saya restoran ini dibuka pada waktu petang hinggalah malam. Restoran ini dua tingkat. Biasanya saya berkunjung ke sini pukul 6 petang atau selepas Maghrib. Tapi mulai jam 8 malam memang orang ramai bersilihganti masuk ke restoran ini.

Inilah rupanya yong tau fo di Melaka. Semua bahan-bahan yang anda pilih dimasukkan ke dalam sup. Kalau bungkus, mereka akan asingkan bahan-bahan ni dari segala mee dan sup. Sedap sungguh dan menepati citarasa saya. Sesuai juga untuk mereka yang kurang sihat dan tiada selera makan. Cubalah ya! Sekali merasa mesti anda akan datang lagi. 

Meriahnya, best!
Ni saya punya untuk round pertama

Kalau pergi makan ke restoran ini kena bawa semua ahli keluarga anda bersama. Makan ramai-ramai memang meriah. Kalau makan berdua macam tak best je rasanya! Hahaha...terpulanglah pada anda. Tapi kesedapannya memang tidak dinafikan. Jangan lupa untuk dimasukkan ke dalam senarai anda apabila melawat negeri Melaka nanti. Rugi tak pergi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...