Iklan

Jumaat, 21 Ogos 2015

Tips Suri Kendali Masalah Anak

Salam ceria di hari Jumaat yang indah dan penuh barakah.

Kebetulan hari ini mengadap notebook dapatlah saya menjengah blog saya yang hampir bersawang. Penangan gajet seperti telefon canggih menjadikan saya kurang berinteraksi dengan komputer sekaligus menyebabkan saya tidak kemaskini berita dan cerita sebagai suri yang bekerja di rumah. Padahal perkongsian di deraf masih banyak yang belum sempat diedit. 

Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya mengendalikan masalah anak perempuan saya. Pukul 6 pagi tadi anak perempuan saya dah tercangok menemani saya di dapur sambil mukanya mencuka sahaja. Ini mesti ada hal ni getus hati saya. Biasalah menjadi suri di rumah, setiap pagi agak kalut sedikit sebab nak menyiapkan sarapan dan bekal anak-anak. Mujurlah pakaian saya gosok 2/3 hari sekali. Jadi taklah mengadap seterika hari-hari. Pernah juga menggosok seminggu sekali tetapi saya tak sanggup sebab tak sempat buat kerja lain. Saya ni suka menggosok secara santai sambil mendengar radio atau televisyen dan terus berjoging atau bersenam selepas itu.

Berbalik kepada cerita tadi, sambil saya memasak, diapun menyatakan keengganan untuk ke sekolah pada pagi ini. Bila saya tanya dia jawab dia penat. Kaunseling sambil membuat kerja di dapur memang tidak menjadi untuk anak perempuan saya. Dia pula seorang yang manja walaupun mempunyai seorang adik di bawahnya. Pantas saya sudahkan urusan memasak dan menyediakan bekal untuk anak-anak. Saya buatkan segelas milo dan hidangkan bersama roti sebagai alas perutnya sebelum ke sekolah. Sayapun duduk di sebelahnya sambil menemankan dia bersarapan. Straight to the point saya bertanyakan dari hati ke hati tentang masalahnya, adakah bermasalah dengan guru ke, masalah pelajaran atau masalah kawan-kawan sekolah. Anak saya cuma menggeleng-gelengkan kepala dan masih enggan ke sekolah.

Ooo..susahnya nak break the ice berbeza dengan kakaknya yang memang suka berterus-terang. Sayapun mula bercerita tentang saya semasa di sekolah dahulu. Adakala saya dapat guru yang garang dan pernah mencampakkan buku saya ke lantai dan saya sering dimarahi kerana tidak pandai. Zaman dahulu saya bersekolah di bandar. Dalam kelas saya ada seramai 40 orang hanya ada 8 orang murid Melayu. Sayalah sering mendapat nombor 30 dan ke atas. Kemudian anak saya menjawab cikgu-cikgunya ok. Dia tak nak ke sekolah hari ini. Dalam hati saya, wah sudah ada maklumbalas, sudah pasti ini bukan masalah cikgu, mesti masalah kawan-kawan sekolah.

Sayapun meneruskan cerita yang lain pula sambil menemankan dia bersarapan. Saya beritahu anak saya, kawan-kawan sekolah saya ada Melayu, Cina dan India. Saya berkawan je dengan semua orang. Adakala kawan-kawan yang baikpun tinggalkan kita kerana dia berjumpa kawan-kawan baru. Tapi saya ambil sikap tak kesah, kalau kawan lama tinggalkan kita, saya berkawanlah pula dengan kawan yang lain. Satu lagi saya suka sangat pergi ke perpustakaan jadi saya berkawan dengan buku. Saya selalu tolong angkatkan barang-barang cikgu. Mula-mula mungkin terasa tetapi apabila saya jumpa kawan baru, selalu jumpa cikgu dan berkawan dengan buku, akhirnya saya gembira dengan apa yang saya buat. Lama-kelamaan kawan-kawan lama yang tinggalkan kita akan kembali semula berkawan dengan kita. Akhirnya barulah anak saya membuka mulut dan memberitahu bila dia bersembang, kawan-kawan tak layan. Dalam hati rasa nak tergelakpun ada. Tetapi ingatlah mungkin kita sebagai ibu bapa rasa masalah itu remeh tetapi pada kanak-kanak masalah itu berat, mencabar dan mengganggu emosinya. 

Yang saya gembira sebab masalah yang anak saya pendam akhirnya dah terlerai. Tentu diapun rasa lega. Saya juga bagi alternatif kepadanya bila sampai ke sekolah awal boleh jumpa kawan-kawan kelas yang lama, boleh bersembang-sembang atau berjanji untuk jumpa semasa rehat. Jadi taklah rasa tertekan dengan kawan-kawan di kelas yang sama. Mungkin juga faktor kawan-kawan masih baru dan kurang serasi. (Pada tahun ini pihak sekolah membuat pertukaran kelas di pertengahan tahun bergantung kepada keputusan peperiksaan tengah tahun. Jadi anak saya telah ditukarkan kelas yang lain).


Alhamdulillah setelah sesi bercerita yang disulami dengan luahan rasa anak, nampaknya anak saya lebih bersemangat dan ceria. Saya cepat-cepat menyuruhnya bersiap dan saya tawarkan dia ke sekolah lewat sedikit kerana saya akan menghantarnya. Biasanya anak saya akan ke sekolah bersama ayahnya yang hendak ke pejabat sebelum jam 7 pagi. Nampaknya dia suka dengan idea tersebut. Ibupun rasa lega tengok anak dah tak monyok.

JIka rakan-rakan suri mengalami situasi sebegini, yang penting minta anak berkongsi masalahnya dengan kita supaya dia tidak rasa terbeban. Sebagai ibu kitapun akan rasa tak senang bila anak kita tidak ceria seperti biasa, bimbang jika ada masalah yang serius dan berat. 

Di dalam kereta saya terus menasihatkannya bahawa keadaan di sekolah itu hanya sebahagian sahaja contoh perilaku dan watak manusia. Apabila dia memasuki alam sekolah menengah, alam universiti dan alam pekerjaan kelak, ada bermacam-macam lagi ragam manusia yang akan ditemui. Jangan takut nak berdepan dengan masalah. Jika kita dapat hadapi masalah di sekolah rendah insha allah masalah-masalah lain juga akan dapat diselesaikan. Allah beri seseorang itu cabaran memang berdasarkan kemampuan seseorang itu. Selalu berdoa dan mohon kat Allah untuk memudahkan urusan pembelajaran dan hidup kita. Sebagai ibu bapa kita perlu bantu memikirkan cara penyelesaian sesuatu masalah bukan terlalu memikirkan dengan mendalam masalah tersebut. Jangan terlalu sensitif sehinggakan emosi terganggu dan menyukarkan kita membuat keputusan yang betul. Ajar anak-anak menyelesaikan sedikit demi sedikit masalah yang dihadapi. It's ok to feel sad but doesn't mean it will ruin your life.

Sebagai kesimpulannya jika anak-anak mengalami masalah berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang ibu ;

1.Kenalpasti keadaan anak sama ada mempunyai masalah atau tidak.
Kadang-kadang ada juga anak-anak yang tidak memperlihatkan masalah mereka. Cuba perhatikan sikap mereka adakah sama atau berbeza sepanjang masa.

2.Luangkan masa hanya untuk anak tersebut sahaja
Ada anak-anak yang tidak mahu meluahkan perasaan apabila berada bersama adik-beradik mereka.

3.Beri masa untuk anak meluahkan masalah
Jangan terlalu mendesak anak-anak apabila mereka tidak bersedia meluahkan masalah mereka.

4.Bercerita pengalaman ibu sebagai pelajar supaya mereka tahu kita pernah mengalami masalah yang sama.

5.Berkongsi perasaan dan memahami perasaan anak yang menghadapi situasi sedemikian (empati).

6.Beri dan cadangkan beberapa solusi kepada anak-anak agar mereka boleh praktikkan dalam penyelesaian masalah.

7.Nyatakan harapan kita sebagai ibu bapa dan jaminan Allah sentiasa ada. 

8.Sebagai ibu sentiasa berbincang dengan suami agar dia mengetahui situasi anak dan dapat sama-sama membantu.

9.Sentiasa menyokong dan raikan pendekatan positif yang mereka lakukan.

10.Sentiasa memeluk dan mencium anak-anak.

11.Sentiasa berdoa untuk anak-anak dan memohon kepada Allah agar kita dapat menjadi ibu bapa yang terbaik.

Moga sedikit kisah dan tips ini dapat membantu para ibu mengendalikan masalah anak-anak seterusnya menjadi ibu-ibu prihatin yang selalu menyokong anak-anak supaya menjadi insan yang kuat dan berbudi pekerti mulia.
Psssttt...anak saya balik tadi dah happy je...seolah-olah macam tak ada apa. Feel happy for her too! 

Isnin, 17 Ogos 2015

Jualan Promosi Merdeka Miracle Refreshing Scent

Promosi MRS kembali lagi sempena ulangtahun ke-2 Miracle Refreshing Scent dan hari kemerdekaan.
Set ‪#‎promomerdeka‬ mengandungi produk seperti berikut;
♡1 botol MRS 50ml,
♡1 botol 40ml Serum dan
♡1 botol 10ml MRS Trial Pack
💟Anda akan mendapat 1 botol MRS 20ml LIMITED EDITION secara PERCUMA yang bernilai RM19.90! Jimat rm29 lagi! ðŸ˜²ðŸ˜²ðŸ˜²
Promosi istimewa ini bermula pada 15 Ogos hingga 16 September 2015.
Perincian pilihan adalah seperti set-set di bawah;
--------------------------------------------------------------
Set A 
1 50ml MRS Elegant
1 40ml Serum
1 20ml Sweet
1 10ml Elegant
1 Clear Make Up Bag
1 Flyers MRS
1 Flyers Serum
Harga Biasa RM 129

Set B
1 50ml MRS Sweet
1 40ml Serum
1 20ml Elegant
1 10ml Sweet
1 Clear Make up Bag
1 Flyers MRS
1 Flyers Serum
Harga Biasa RM 129

Harga PromoMerdeka hanyalah RM100. Jimat bukan! Hanya RM100.
Jimat bukan RM1
Bukan RM5
Bukan RM10
Tapi jimat RM29!
Memang jimat dan berbaloi2😉😉😉
ORDER / PERTANYAAN
Sila SMS/  WHATSAPP 013-3510426 (Hana)

*Penghantaran percuma di sekitar Shah Alam, Kota Damansara, Subang Jaya, Saujana Utama dan Sungai Buloh termasuk di negeri Melaka.
*Selain itu, perkhidmatan pos disediakan dengan caj pos minimum RM7.

Bagi yang baru ingin mengenali MRS, ia adalah produk keluaran bumiputera. Kandungannya minyak kelapa dara, mint dan diperkaya dengan aromaterapi. Banyak khasiat dan kebaikannya dan amat sesuai kepada semua orang dari pelbagai peringkat usia sama ada masih bayi hinggalah warga emas. Minyak ini disukai ramai dan dijadikan `first aid' di rumah. Ia juga merupakan satu-satunya minyak angin, minyak urut, minyak kasih sayang yang berbau wangi, berangin dan menyegarkan. Boleh rujuk page kami untuk testimoni dan maklumat lanjut di SINI.


Khamis, 7 Mei 2015

Promosi MRS Sempena Hari Ibu 2015

Untuk pelanggan-pelanggan tegar dan anda yang berminat dengan produk Miracle Refreshing Scent (MRS), jangan lepaskan peluang keemasan. Ada promosi istimewa sempena Hari Ibu. Promosi ini berlangsung sekarang sehingga 31 Mei 2015. Jom kita hadiahkan minyak ajaib dan serbaguna ini buat ibu tercinta kita. Setiap kali menggunakannya pastilah bonda akan teringatkan kitakan! Tak semestinya bonda, sesiapa sahaja yang bergelar ibu, mama, ummi, mak dan sebagainya boleh diberikan kita hadiahkan MRS ini sebagai penghargaan istimewa.

Ramuan MRS dari minyak kelapa dara, mint dan aromaterapi pasti membuatkan semua tertawan dengan harumannya di samping khasiat kesegaran dan ketenangan darinya. MRS amat baik dan sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi sehinggalah warga emas. Ia perlu dijadikan `first aid' anda walau di mana anda berada.




Pihak ibupejabat MRS membuat promosi iaitu dengan setiap pembelian sebotol Essence Refreshing Serum 40ml berharga RM19.90, anda layak membeli sebotol Miracle Refreshing Scent 10ml dengan harga RM9.90. Harga asal 10ml ini ialah RM14.90. Potongan harga RM5 tau, wow!!!


Promosi kedua pula datangnya dari page Miracle Refreshing Hana. Sempena Hari Ibu, pembelian sebotol MRS 50ml dan sebotol serum essence 40ml hanyalah RM80 sahaja. JIMAT RM9.80!!! Harga asal sebotol MRS 50ml ialah RM69.90 dan serum 40ml ialah RM19.90. Jom beli waktu harga murah ni. Boleh simpan stok untuk keluarga.


Jangan lupa promosi ini sah sehingga 31 Mei 2015 sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan testimoni boleh layari page Miracle Refreshing Hana. Anda boleh juga email kepada azhana.am@gmail.com.my atau sms/wa Hana 0133510426.

#miraclerefreshingscent
#minyakserbaguna
#promosihariibu
#showeryourlove
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...